Antony sayang Man. United, reject Ronaldo
Antony sayang Man. United, reject Ronaldo
MANCHESTER – Pemain sayap Manchester United, Antony dilaporkan tidak berminat untuk berpindah ke Arab Saudi musim panas ini meskipun terdapat minat dari kelab Timur Tengah, Al-Nassr.
Antony yang menyertai The Red Devils dari Ajax dengan nilai £80 juta (RM453.89 juta) pada 2022, masih bergelut untuk memenuhi jangkaan sebenar di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Prestasinya yang tidak konsisten telah menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford, namun pengurus Erik ten Hag tetap yakin bahawa pemain berusia 24 tahun itu masih mempunyai potensi untuk memberi impak besar kepada kelab.
Al-Nassr yang kini dibarisi bintang-bintang seperti Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Aymeric Laporte, dilaporkan telah menghubungi United minggu ini dengan harapan untuk mendapatkan khidmat Antony.
Bagaimanapun, pemain Brazil itu tidak berminat berhijrah ke Arab Saudi, sebaliknya memilih terus kekal di Old Trafford untuk memperbaiki prestasinya dan merebut tempat dalam kesebelasan utama musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
Ia sekali gus meletakkan Ten Hag dalam situasi sukar kerana beliau mempunyai banyak alternatif lain di posisi Antony.
Meskipun kontrak Antony bersama kelab masih berbaki sehingga 2027 tetapi nilai pasarannya telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini selepas hanya mencetak 11 gol dalam 82 penampilan buat United.
Selain Antony, rakan sepasukannya di United, Christian Eriksen juga telah menolak sebarang perpindahan ke Arab Saudi musim panas ini kerana lebih cenderung kekal di Eropah dengan menyertai kelab lain seperti dua gergasi Turkiye, Galatasaray dan Fenerbahce. – AGENSI
Antony sayang Man. United, reject Ronaldo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh