Azizulhasni perlu masa soal persaraan

Azizulhasni perlu masa soal persaraan

Azizulhasni perlu masa soal persaraan
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menitiskan air mata ketika sidang media di KLIA.

SEPANG – Air mata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhir gugur sebaik tiba di tanah air selepas tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya terutama impian untuk menamatkan kemarau pingat emas Olimpik buat Malaysia tidak kesampaian.

Azizulhasni yang semangat untuk memburu emas di Olimpik Paris terpaksa pulang ke Malaysia dengan tangan kosong selepas dikesan melakukan kesilapan kerana memotong derby terlalu awal pada pusingan pertama acara keirin.

Tegas pemenang pingat perak Olimpik Tokyo (2020) tersebut, ia bukan satu pengakhiran yang dimahukan kerana dia menyerahkan segala komitmen untuk sukan berbasikal hingga meletakkan keluarga nombor dua kerana semata-mata ingin menggenggam pingat emas.



Bagaimanapun, Azizulhasni dia perlukan masaa terutama untuk menimbangkan semula keputusan persaraannya kerana perlu berbincang dengan ahli keluarganya.

“Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya. Itu saya boleh terima.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




“Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.

“Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua. Apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik,” katanya.

Dengan bayangan baharu ini, ia seakan memberi gambaran betapa Azizulhasni mahu meneruskan langkahnya berkemungkinan sehinga Olimpik Los Angeles 2028.

“Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah Firdaus, John Beasley dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2024.



“Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.

“Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalu Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.

“Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mentali, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.

“Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai, tetapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik dan Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri saya, anak saya. Saya hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa,” katanya. -KOSMO! ONLINE



Azizulhasni perlu masa soal persaraan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button