Kes 3 sekeluarga maut: Suspek ditahan, dijangka direman pagi ini

Kes 3 sekeluarga maut: Suspek ditahan, dijangka direman pagi ini

Kes 3 sekeluarga maut: Suspek ditahan, dijangka direman pagi ini
KEBAKARAN sebuah rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh awal pagi tadi. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Menurut sumber, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar di sini, pagi ini, untuk permohonan reman.



Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.

Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati terdapat unsur jenayah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman.

Kes 3 sekeluarga maut: Suspek ditahan, dijangka direman pagi ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button