Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
YDP Agong, Sultan Ibrahim dipersembah laporan lengkap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Laporan tersebut dipersembahkan kepada baginda oleh Pengerusi RCI berkenaan Tun Md Raus Sharif di Istana Negara.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah semua ahli RCI.
Sultan Ibrahim memperkenan penubuhan suruhanjaya itu berkuat kuasa serta merta pada Februari lepas.
Penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Untuk rekod, pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh.
Manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
ICJ juga memutuskan mengenai hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh.
Ia ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ pada 2 Februari 2017.
Namun pada Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan itu.
Hanya dua minggu sebelum kes dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Rakyat Perlu Tahu Mengapa Permohonan Semakan Di Datalkan
Kerajaan Perpaduan telah menubuhkan RCI pada 27 Februari 2024 dengan perkenan YDP Agong.
Azalina Othman berkata penubuhan RCI adalah untuk mencari jalan penyelesaian.
Serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan isu membabitkan kedaulatan negara.
Rakyat Malaysia, wajar diberikan penjelasan mengapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dibuat.
Pada 12 Jun, Dr Mahathir memberi keterangan pada prosiding RCI yang dijalankan secara tertutup.
Namun begitu, sebaik sahaja selesai memberi keterangan, beliau membuat sidang media untuk pertahankan keputusan beliau.
Dengan kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, negara bukan sahaja kehilangan sebuah pulau batu karang.
Tetapi Malaysia juga kehilangan kedaulatan ke atas 10 kilometer perairan yang berada di sekitar Pulau Batu Puteh.
Jadi, tidak benar dakwaan Dr Mahathir, negara hanya kehilangan sebuah pulau batu karang yang kecil.
Kepada Institut Jantung Negara, sila kosongkan segera bilik khas VVIP.
Kerana ada pesakit yang akan memohon masuk tidak lama lagi.
Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
Di Syorkan Untuk Anda: