Liga Super: Selangor FC habus ‘badi’ tempat lawan
Liga Super: Selangor FC habus ‘badi’ tempat lawan
PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC berjaya menamatkan ‘badi’ apabila melakar kemenangan pertama di tempat lawan selepas menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad The Rhinos tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit ke-27 hasil jaringan sendiri kapten Gergasi Merah, Safuwan Baharuddin.
Tersentak dengan gol tersebut, skuad pelawat kendalian Nidzam Jamil memperkemaskan jentera serangan dan meraih gol penyamaan menerusi penyudah pemain import, Ronnie Fernandez pada minit ke-31.
Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor dilihat tampil lebih yakin dengan menguasai sebahagian besar perlawanan dan melakukan beberapa asakan ke kubu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
Gol kemenangan yang dicari akhirnya tiba hasil penyudah Harith Haiqal Adam Afkar yang memanfaatkan peluang terhidang selepas penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat melakukan kesilapan pada minit ke-85.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
Sabah FC berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan tersebut mengukuhkan posisi Selangor FC selaku pasukan kedua terkuat Liga Super dengan 19 mata manakala Sabah FC kekal dengan 13 mata. – KOSMO! ONLINE
Liga Super: Selangor FC habus ‘badi’ tempat lawan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh