Paderi noda remaja 13 tahun ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Paderi noda remaja 13 tahun ditahan
Gambar Hiasan

Polis menahan seorang paderi selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di sebuah restoran di Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kes tersebut kelmarin.



“Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki 13 tahun menyatakan telah diganggu secara fizikal oleh suspek di dalam sebuah bilik tidur gereja di Bandar Bukit Puchong, di sini.

“Kejadian tersebut berlaku bermula bulan Jun lalu sehingga Julai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Wan Azlan, hasil siasatan membawa kepada tangkapan suspek di sebuah restoran di Puchong, semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dalam mana-mana kegiatan menyalahi undang-undang,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button