Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
Oleh Adam Malik
Mahathir sudah tewas , Panglima dan “Sidekick” Mahathir juga tidak mampu “backup” lagi.
Jelas Mahathir sudah tewas kepada Zahid dalam pergeseran sesama mereka.
Sebenarnya Mahathir juga telah tewas kepada Anwar Ibrahim dan Najib Razak.
Jika diteliti kesemua kehendak jahat Tun Mahathir tidak kesampaian.
Mahathir mahu naikan anak nya Mukhriz telah gagal, sebalik nya sedang disiasat berkenaan harta dan perniagaan nya.
Mahathir mahu penjarakan Ahmad Zahid ikut jalan kotor perguna agensi bawah kawalan nya pun sudah gagal.
Mahathir penjarakan Najib dan mahu padamkan kerjaya politik nya, namun rakyat bangkit bersuara mahu Najib Razak dibebaskan segera.
Akhir sekali, Mahathir dan Tun Daim guna pelbagai helah dan taktik mahu halang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri ,namun hari ini Anwar adalah Perdana Menteri .
Ini bermakna Mahathir tewas serba serbi dipenghujung usia.
Ketika Mahathir mahu jatuhkan Najib Razak segala balaci yang pernah dapat faedah dari Mahathir muncul satu persatu bersuara untuk Mahathir.
Muncul lah Ratu AP Rafidah Aziz dengan kenyataan nampak kapal Jho Low ketika bercuti dan berscuba.
Muncul Syed Hamid Albar, muncul Ibrahim Ali.
Muncul Kadir Jassin, muncul Khairuddin Botok dan beberapa orang lagi.
Mereka muncul untuk beri sokongan moral kepada Mahathir.
Namun kali ini apabila Mahathir dan anak bergelumang dengan kes declare harta, panglima panglima Mahathir semua jauhkan diri.
Disaat ini dalam pergesaran antara Mahathir dan Ahmad Zahid juga mereka tidak muncul untuk bantu Mahathir.
Mungkin panglima panglima atau kuda tua pembela Mahathir sudah “fed-up” dengan Mahathir.
Atau, mungkin mereka tahu Mahathir bersalah dan tidak perlu cari penyakit untuk membela Mahathir dengan memberi sebarang komen.
Ada kah Mahathir sudah dipinggirkan?
Atau , panggilan dari Mahathir dan pembantu rapat nya tidak lagi dijawap kerana menjawap bermakna ada tugas akan diberikan.
Mahathir sememang terkenal dengan perguna pihak ketiga dalam semua kerja kerja belakang tabir.
Ini supaya mudah untuk cuci tangan dan berkata “saya mana tahu”.
Maka konklusi nya Mahathir sudah hilang pengaruh dan sah tewas kepada musuh musuh nya.
Yang tinggal hanya ego tidak mahu kalah , ini fakta.