Pasangan kekasih didakwa edar dadah lebih 1kg

 

Oleh – Syeikh Baran


Pasangan kekasih didakwa edar dadah lebih 1kg
Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Gemas, Tampin, pada minggu lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Gemas, Tampin, pada minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Shamsul Azri Johari, 47, dan Nursyaza Husnina Mohd Shazniff, 29, mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.



Mengikut pertuduhan pertama, pasangan tersebut telah mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 1040.70 gram, manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka telah mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 156.0 gram.

Manakala, bagi pertuduhan ketiga, mereka berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbaya 1952 apabila didapati telah ada dalam milikan dadah berbahaya iaitu jenis methamphetamine seberat 0.60 gram.

Kesemua perbuatan berkenaan, dilakukan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan kawasan Gemas kira-kira pukul 9.30 pagi pada 9 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashim tidak menawarkan sebarang wang jaminan dan memohon tarikh bagi sebutan semula kes bagi laporan kimia.



Majistret kemudiannya menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button