Saya masih Menteri Besar Perlis – Mohd Shukri

 

Saya masih Menteri Besar Perlis - Mohd Shukri
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. FOTO Arkib NSTP

Kangar: Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri Besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

“Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja. Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.



Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button