Saya Tergamam Tak Terkata – Nora Ariffin

Saya Tergamam Tak Terkata – Nora Ariffin

Saya Tergamam Tak Terkata - Nora Ariffin

Penyanyi, Nora Ariffin baru-baru ini berkongsi hantaran mengejutkan mengenai video lafaz cerai suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Kongsi Video Suami Lafaz Cerai

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Nora di Instagram, suaminya itu dilihat melafazkan cerai talak satu terhadap ibu kepada empat cahaya mata itu.



“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza dengan talak satu kerana Allah.”-lafaz Rushdi kepada Nora

“Dia Hanya Mengikut Arahan Yang Diberikan…”

Walaubagaimanapun, Nora menerusi Insta Stories, seolah-olah ‘mempertahankan’ tindakan Rushdi dengan menegaskan bahawa bekas suaminya itu hanya mengikut arahan yang diberikan kepadanya.

“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya. Iaitu melepaskan arahan yang diberikan padanya.

Iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakam kan video sebagai bukti.



Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku.”-tulis Nora di Insta Stories

Saya Tergamam Tak Terkata - Nora Ariffin

Sekadar info, Nora Ariffin pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada tahun 1992. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Johan menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.



Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang juga sahabat Allahyarham Johan sejak kecil.

Saya Tergamam Tak Terkata – Nora Ariffin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button