Wajib hantar laporan pencapaian program PMKS – Ahmad Zahid
Wajib hantar laporan pencapaian program PMKS – Ahmad Zahid
Kuala Lumpur: Semua kerajaan negeri, kementerian dan agensi pelaksana inisiatif keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) diwajibkan untuk membuat pelaporan pencapaian program berkaitan PMKS, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelaporan itu perlu dihantar kepada Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA).
Ahmad Zahid berkata setakat hari ini, terdapat 40 program serta inisiatif keusahawanan dan pembangunan PMKS melibatkan dana RM32.8 bilion belum melaporkan pencapaian program masing-masing.
“Pelaporan ini meliputi penilaian KPI (petunjuk prestasi utama) merangkumi output (keluaran), outcome (hasil) dan peruntukan
“Pelaporan ini penting bagi mengurangkan pertindihan program dalam kalangan agensi, seterusnya mengurangkan pembaziran sumber kerajaan,” kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) Bil 3/2024 di Ibu Pejabat Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Timbalannya Datuk R. Ramanan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata sebanyak 286 inisiatif serta program PMKS dengan peruntukan berjumlah RM15.06 bilion telah dilaporkan dalam SMEIPA hingga separuh penggal tahun ini, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata penyelarasan program PMKS berupaya memberikan impak yang signifikan dan pencapaian bidang PMKS yang menunjukkan perkembangan positif apabila terdapat peralihan ke tahap tinggi iaitu usahawan mikro kepada kecil dan usahawan kecil kepada sederhana pada 2023.
Ahmad Zahid berkata peralihan itu menyaksikan pengurangan bilangan perusahaan mikro sebanyak 16.9 peratus iaitu 767,421 perusahaan, perusahaan kecil meningkat sebanyak 35.8 peratus dan perusahaan bersaiz sederhana bertambah sebanyak 7.9 peratus.
“Pencapaian ini didukung hasil kementerian dan agensi terlibat termasuk SME Corp dan kita mahu ia berterusan seterusnya memberikan galakan dan mewujudkan lebih ramai usahawan termasuk mereka di kawasan desa dan pinggir bandar,” katanya.
Ditanya berhubung Belanjawan 2025, Ahmad Zahid berkata perancangan kewangan negara bagi tahun hadapan bersifat pragmatik dan akan digarap untuk mewujudkan satu belanjawan yang seimbang.
Bagi kementeriannya, Ahmad Zahid berkata fokus tidak hanya tertumpu pada pembangunan infrastruktur di desa dan luar bandar, tetapi juga mampu mewujudkan kesan berganda termasuk pembangunan ekonomi kawasan setempat.
Wajib hantar laporan pencapaian program PMKS – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh