Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

 

Orang yang paling gelisah selepas laporan penuh RCI Batu Puteh dipersembahkan kepada YDP Agong, adalah Dr Mahathir.

Sebabnya mudah dijangka, Dr Mahathir adalah perdana menteri yang membuat keputusan membatalkan semakan keputusan ICJ.



YDP Agong pula adalah raja dan pemerintah berdaulat bagi negeri Johor Darul Takzim.

Dan Pulau Batu Puteh berada dalam kawasan jajahan kesultanan Johor.

Hilangnya kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sudah pasti mencemarkan kedaulatan kesultanan Johor.

Apa lagi keputusan itu diambil tanpa merujuk kepada baginda.



Dr Mahathir pula adalah seorang politikus yang bergantung kepada sokongan orang ramai kepada beliau.

Tanpa sokongan orang ramai, karier politik beliau sudah boleh dipindahkan ke Muzium Negara.

Seandainya laporan penuh RCI Pulau Batu Puteh dinyahklasifikasikan, segala-galanya akan terdedah.

Lebih buruk dari itu, sekiranya siasatan mendapati ada asas untuk melakukan pendakwaan, maka segala-galanya akan berakhir bagi Dr Mahathir.



Untuk mengelakkan dari rakyat berterusan bertanya mengenai keputusan laporan penuh RCI Pulau Batu Puteh, Dr Mahathir perlukan isu.

Isu yang boleh mengalih perhatian rakyat dari membicarakan mengenai RCI Pulau Batu Puteh.

Ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal atau ibarat pucuk yang dicita tetapi ulam yang mendatang.

Dr Mahathir Silap Strategi

Kenyataan Presiden UMNO, DS Zahid, yang mendakwa beliau memainkan peranan besar menjatuhkan Dr Mahathir ibarat bantal yang diberikan kepada Dr Mahathir.



Sebenarnya konteks kenyataan DS Zahid lebih bertumpu tindakan yang beliau ambil untuk menyelamatkan UMNO.

Dan ianya sebagai peringatan kepada pemimpin UMNO yang akan datang supaya tidak mudah termakan gula-gula politik yang diberikan musuh.

Beliau tidak banyak menyebut nama Dr Mahathir, melainkan ketika menceritakan bagaimana Dr Mahathir cuba mengharamkan UMNO.

Tetapi Dr Mahathir cepat mengambil kesempatan dengan menuduh DS Zahid angkuh kerana berjaya menjatuhkan beliau.



Dr Mahathir menyatakan, beliau letak jawatan bukan kerana DS Zahid tetapi PPBM sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.

Dr Mahathir Hanya Mendedahkan Kelemahan Beliau

Sebenarnya penafian Dr Mahathir boleh diibaratkan sebagai membuka pekong di dada beliau sendiri.

Dr Mahathir sebenarnya memberitahu kita, sebagai Pengerusi PPBM dan perdana menteri ketika itu, beliau sudah gagal.

Gagal mengawal pemimpin yang berada dalam parti yang beliau sendiri tubuhkan.



Gagal menggunakan pengaruh dan kuasa sebagai perdana menteri untuk mengawal keadaan yang membawa kejatuhan beliau.

Tidak hairanlah selama 22 bulan, negara hancur di bawah pentadbiran beliau.

Rasanya adalah lebih baik Dr Mahathir menumpukan perhatian terhadap kes Pulau Batu Puteh.

 

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button