YouTuber disiasat kerana kes gugur kandungan 36 minggu
YouTuber disiasat kerana kes gugur kandungan 36 minggu
Seoul: Polis Korea Selatan dalam satu kenyataan pada 12 Ogos memaklumkan pihaknya menyiasat YouTuber yang membuat vlog mengenai kaedah menggugurkan kandungan pada fasa lewat kehamilan.
Ia mencetuskan kemarahan dalam talian hingga menyebabkan kementerian kesihatan negara membuka siasatan kerana ia diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan.
Wanita, yang identitinya dirahsiakan oleh polis, mendakwa dalam video yang dimuat naik di YouTube pada Jun lalu bahawa dia menggugurkan kandungan pada minggu ke-36 kehamilannya.
Rakaman video yang kemudiannya dipadamkan, dengan cepat tular di Korea Selatan.
Tangkap layarnya masih tersebar secara meluas dalam talian dan kementerian kesihatan negara menggesa siasatan dilakukan kerana ia ditakrifkan sebagai pembunuhan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
“Kami mengesyaki wanita itu dan ketua klinik perubatan yang melakukan prosedur sebagai suspek,” kata wakil Agensi Polis Seoul kepada AFP.
Polis mengesahkan bahawa rakaman itu adalah tulen dengan mengatakan mereka sudah mengenal pasti klinik di mana prosedur itu dilakukan berdasarkan analisis video.
Polis masih melakukan siasatan, kata seorang pegawai polis menurut agensi berita Yonhap.
Siasatan itu dikatakan boleh membabitkan lebih ramai orang.
Sehingga 2019, Korea Selatan adalah salah satu daripada segelintir negara perindustrian yang secara meluas mentakrifkan perbuatan menggugurkan kandungan sebagai jenayah, kecuali dalam keadaan rogol, sumbang mahram dan apabila kesihatan ibu terancam.
Bagaimanapun, Mahkamah Perlembagaan mengarahkan larangan berpuluh tahun itu ditarik balik pada 2019.
YouTuber disiasat kerana kes gugur kandungan 36 minggu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh