Aaron-Wooi Yik idam ikut jejak The Daddies
Aaron-Wooi Yik idam ikut jejak The Daddies
MENJADIKAN legenda badminton Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan sebagai idola, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sedia mengikut jejak langkah juara dunia tiga kali itu.
Beregu No. 3 dunia itu memasang impian untuk beraksi bagi tempoh yang lama dan meraih pelbagai kejuaraan utama, sama seperti dilakukan gandingan terkenal dengan julukan ‘The Daddies’.
Bagaimanapun, Wooi Yik mengakui, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengulangi pencapaian Hendra-Ahsan kerana perlu memastikan berada dalam kondisi terbaik selari dengan peningkatan usia mereka.
“Sudah tentu saya dan Aaron ada berbincang mengenai perkara ini kerana kami kekalkan gandingan untuk tempoh yang lama. Kami tahu potensi yang dimiliki untuk maju ke depan dan kami masih belum berada di puncak.
“Kami mahu memenangi kejohanan besar seperti dilakukan Hendra-Ahsan dan nak jadi seperti mereka. Kami sudah ada pingat di kejohanan-kejohanan besar tetapi tidak semuanya emas,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh
Pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir Isnin lalu, Aaron-Wooi Yik menyumbang satu pingat gangsa buat negara selepas menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa.
Bekas juara dunia itu melakukan penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas beraksi buat pertama kali pada temasya sukan terbesar dunia tersebut di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu yang menyaksikan mereka turut meraih gangsa.
Sementara itu, Aaron turut menjelaskan, mereka perlu memperbaiki komunikasi sesama sendiri bagi mengejar impian meraih pingat emas pada Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).
“Apa yang paling penting adalah kami perlu perbaiki komunikasi bagi mengelakkan salah faham. Kami berdepan situasi itu dua tahun lalu tetapi sekarang ia semakin baik,” ujar pemain kelahiran Melaka itu.
Aaron-Wooi Yik idam ikut jejak The Daddies
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :