Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta

Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta

Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta

 

Anak Dr Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, di beri lanjutan tempoh sehingga pertengahan September ini untuk mengisytiharkan harta mereka.

Sekiranya gagal, mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, ini adalah lanjutan terakhir sebulan yang diberikan kepada mereka.

“Itu keputusan akhir.”

“Jika mereka gagal patuh, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang,” tegas Azam Baki.

Pada Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani, yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, diberikan lanjutan masa, yang tempohnya tidak didedahkan.



Ketika itu Azam berkata, peguam mereka sedang berhubungan dengan pegawai penyiasat SPRM berhubung tempoh pengisytiharan aset.

“Kami sudah menetapkan tarikh akhir untuk mereka mengisytiharkan harta mereka.”

“Kami telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu,” jelas beliau.

Pada 18 Jan, Mirzan dan Mokhzani telah diserahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.



Notis tersebut menghendaki mereka mengisytiharkan semua aset milik mereka.

Pada bulan berikutnya, mereka mengeluarkan kenyataan media yang memohon kesabaran dan pemahaman untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Pada 24 Mei lalu, d Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir.

Ia bagi memberikan masa untuk kedua-dua mereka mengisytiharkan harta masing-masing selepas diberikan lanjutan sebelum ini.



Mokhzani turut disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

April lepas, Azam juga mengesahkan siasatan dibuat atas tuduhan Mahathir ke atas Anwar Ibrahim menyasarkan keluarga dan rakan-rakannya,.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran tambahan.

Timbul persoalan kepada kita, adakah SPRM akan terus memberikan layanan istimewa kepada anak Dr Mahathir selepas tempoh akhir September ini?



 

Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button