CIMB komited perkukuh daya tahan operasi

CIMB komited perkukuh daya tahan operasi

CIMB komited perkukuh daya tahan operasi

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (secara kolektif CIMB) menerima keputusan dikenakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan menyesali masa berhenti yang tidak dirancang untuk sistem kritikal pada 8 dan 9 April 2024.

CIMB berkata, kejadian itu memberi kesan kepada pelanggan dan rakan niaga dalam menjalankan transaksi perbankan mereka.



“Kami bersama pihak ketiga mengambil langkah yang perlu untuk memastikan masa henti diminimumkan.

“Insiden itu menjejaskan pelanggan kami melakukan transaksi perbankan, dan kami mengakui bahawa kami perlu berusaha untuk melakukan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, CIMB telah melabur dan akan terus melabur dalam teknologi, sistem dan proses untuk mengukuhkan daya tahan dan memastikan infrastruktur pelanggan yang kritikal dapat berkhidmat dan memenuhi keperluan pelanggan pada setiap masa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




“Kami telah mengukuhkan langkah pencegahan untuk menangani gangguan perkhidmatan tepat pada masanya termasuk pengawasan pihak ketiga yang mencukupi, sambil memastikan rancangan kesinambungan perniagaan boleh dimulakan serta-merta pada masa kritikal,” katanya.

BNM telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) kepada CIMB berikutan ketidakpatuhan pada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Penalti sebanyak RM760,000 dikenakan terhadap CIMB.



CIMB komited perkukuh daya tahan operasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button