Gelagat Afiyah Melayan Peminat Tokti Raih Perhatian! [VIDEO]

“Bagusnya Dia, Tak Sombong”

Gelagat Afiyah Melayan Peminat Tokti Raih Perhatian! [VIDEO]

elagat Afiyah Melayan Peminat Tokti Raih Perhatian! [VIDEO]
elagat Afiyah Melayan Peminat Tokti Raih Perhatian! [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Afiyah Ni Macam Dato Sri Siti Nurhaliza, Tak Sombong Nak Layan Orang”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anissha313 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 130 ribu, tanda suka sebanyak 4,068 dan sebanyak 149 komen.



Di dalam video berkenaan, memaaprkan peminat Tokti yang berkerumun disamping Afiyah untuk mengambil gambar dengannya setelah usai sahaja konsert tersebut.

@anissha313

Tak dapat salam Mak Iti. Salam Mak Salmah pun blh 🥰🥰🥰 #konsertsitinurhaliza #konsertcintadiawansitinurhaliza #cintadiawan #fypシ #fyp #arenaofstarsgentinghighlands #loveatthesky #konsertcintadiawan

♬ original sound – 🌸 Sha 🌸 – 🌸 Sha 🌸



Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sikap Afiyah sama persis ibunya yang tidak sombong untuk melayan peminat. Tambah mereka lagi, mereka juga senang melihat kehadiran ibu kepada Tokti yang mesra disapa dengan panggilan Mak Salmah yang sentiasa hadir untuk memberi sokongan setiap kali konsert Tokti diadakan.

Apa-apa pun, semoga Afiyah membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Gelagat Afiyah Melayan Peminat Tokti Raih Perhatian! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button