Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah
Foto hiasan

KUALA KANGSAR: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit dengan kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Kangsar-Manong, di sini, hari ini.

Difahamkan, nahas meragut nyawa ibu berusia 40-an dan anak perempuannya berusia 12 tahun, manakala seorang lagi anak perempuan mangsa berusia 10 tahun cedera ringan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 pagi.



Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta Honda City dinaiki tiga beranak bertembung dengan Toyota Velfire.

“Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang Honda City cedera ringan.

“Mayat dua mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan jam 9.10 pagi.

Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button