Kes tolak isteri dalam gaung: Suspek dituduh esok

Oleh – Syeikh Baran


Kes tolak isteri dalam gaung: Suspek dituduh esok
LELAKI yang ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan bunuh isteri direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Gerik, Gerik sebelum ini.

Suspek kes menolak isteri ke dalam gaung di Kilometer 31.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik pada 27 Julai lalu akan dituduh esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, lelaki berusia 39 tahun itu akan didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 307 kanun sama atas kesalahan cubaan bunuh.



Pendakwaan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

“Permohonan perintah kehadiran telah dikemukakan semalam untuk membawa tertuduh dari Penjara Sungai Petani, Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pada Isnin lalu lelaki itu didakwa di Mahkamah Majistret Baling, Kedah atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button