Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR

Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR

Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR

 

Sebaik DS Zahid di dilihat bakal mendapat laba politik, barulah PAS sibuk hendak menyemak status tanah KESEDAR.

Timbalan MB Kelantan, Dr Mohamed Fadzli masih cuba mengalihkan perhatian dengan mengatakan sudah 85,000 ekar hakmilik tanah diuruskan kerajaan PAS sejak 1990.



Konon-konon dia umum sudah lulus dan daftar 2,854 hal milik tanah KESEDAR.

Secara tidak langsung, beliau meletakkan beban kelambatan kepada KESEDAR..

Tiada ertinya disebut nama tanah bawah KESEDAR.

Selagi tidak pada nama peneroka ia tidak selesai.



Halus sekali tipu helah PAS memutarbelit minda rakyat.

Pendaftaran itu tidak releven langsung.

Ia hanya pengakuan kerajaan PAS Kelantan bahwa 2,200 peneroka yang sedang menunggu penukaran nama tanah masih tidak selesai.

Proses tersebut adalah di bawah bidang kuasa pejabat tanah kelolaan kerajaan PAS negeri Kelantan.



Memburukkan keadaan, Annuar Musa pula cuba menjadi hero. 

Beliau mencadangkan tanah-tanah tersebut tidak lagi perlu dikelolakan oleh KESEDAR yang dituduhnya gagal.

Sebaliknya beliau mahu ianya diserahkan terus kepada peneroka. 

Ini mengundang jawapan balas dari DS Zahid yang mendedahkan urusan-urusan KESEDAR ini tergantung kerana Annuar Musa tidak menjalankan tanggungjawab.



Sepatutnnya urusan-urusan ini diselesaikan ketika dia memegang jawatan Menteri Luar Bandar 30 tahun dahulu sepanjang tahun 1993 ke 1999.

DS Zahid turut menyalahkan Annuar Musa dalam menguruskan hal ehwal dan kebajikan orang-orang Asli.

Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR (1)

 



Semasa kempen, barulah Annuar Musa dan pemimpin PAS tunjuk muka dengan pakaian berjenama pulohan ribu hanya untuk menagih undi dengan cenderahati Maggi Mee dan biskut kering.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Bila ditempelak di media sosial, Annuar Musa koyak dan tanpa ada rasa rendah hati mendabik dada berkata, “Ikut aku la pitih aku!”.



Adakah benar itu pitih hasil titik peluhnya.

Hingga mampu memakai jam-jam berharga pulohan ribu ke ratusan ribu ringgit se utas hingga selipar pun berharga RM4,650?

Mungkin sepanjang berkempen di PRK DUN Nenggiri, Annuar Musa berada dalam kawalan minda luar sedar.

 

Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button