MotoGP: Ducati rela dikritik demi Marquez

MotoGP: Ducati rela dikritik demi Marquez

MotoGP: Ducati rela dikritik demi Marquez
MARQUEZ bakal menjadi pelumba sandaran baharu buat Ducati apabila menyertai pasukan itu musim depan. – AFP

LONDON – Pasukan Ducati bersedia untuk menerima segala kritikan selepas mereka membawa masuk juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) enam kali, Marc Marquez pada perlumbaan musim depan.

Pengarah Urusan Ducati Corse, Luigi Dall’Igna menegaskan keputusan menandatangani b


ekas bintang Honda, Marquez untuk bergandingan dengan Francesco Bagnaia dalam perlumbaan musim depan telah menjadi isu kontroversi.



Pasukan Itali itu dikritik hebat selepas rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini melakukan kejutan memenangi Grand Prix (GP) British dengan jentera GP24 dari pasukan Ducati.

Bagaimanapun, Ducati tidak akan menggunakan khidmat Bastianini tahun depan selepas kerusi itu diambil alih oleh Marquez.

“Saya sangat gembira untuk Enea (Bastianini) dengan kemenangan tersebut. Pada akhirnya kami terpaksa memilih tiga pelumba dan kesemuanya layak untuk bersama pasukan utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh



 

“Seperti yang selalu saya katakan, ia adalah pilihan yang sangat sukar dari segi profesional dan sukan. Jelas bahawa saya juga di sini untuk menerima kritikan,” katanya.

Sebelum ini, Dall’Igna menjelaskan misi utama mereka dalam kempen MotoGP adalah untuk memiliki dua pelumba yang mampu memburu gelaran dunia sekali gus meletakkan Ducati kekal di puncak kejayaan.



Beliau juga menyebut tiada perkara yang perlu dirisaukan mengenai cabaran yang akan dihadapi Bagnaia kerana kerana pelumba Itali itu telah mencipta dua gelaran dunia. – AGENSI

MotoGP: Ducati rela dikritik demi Marquez

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button