Pempengaruh ditahan selepas video burung merak masak kari

Pempengaruh ditahan selepas video burung merak masak kari

Pempengaruh ditahan selepas video burung merak masak kari
BURUNG merak di sebuah taman di Amritsar, India. FOTO fail AFP

New Delhi: Pempengaruh media sosial di India ditahan selepas memasak dan memakan burung merak yang juga haiwan dilindungi di negara itu.

Polis memberitahu Kodam Pranay Kumar ditahan pada Isnin kemudian dimasukkan penjara selepas video dalam telefon bimbitnya mengesahkan haiwan dimasaknya bagi masakan kari adalah burung merak.

Mengikut undang-undang di India, burung merak dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar yang ketat.



“Kumar ditahan reman selama 14 hari di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan mahkamah akan memutuskan sama ada dia akan kekal di dalam (tahanan) atau mendapat (pembebasan dengan) jaminan,” kata Akhil Mahajan, penguasa polis di Telangana kepada AFP.

Polis juga cuba untuk memastikan bagaimana dan di mana Kumar berjaya mendapatkan burung merak seperti mana di dalam video itu. Video itu sudah diturunkan daripada salurannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




Video itu menunjukkan dia memasak kari merak dipercayai untuk menarik lebih banyak tontonan, lapor The Times of India.

Burung merak India, yang dikenali dengan warna biru terang dan memiliki sayap lebar untuk spesies jantan mempunyai kepentingan simbolik yang istimewa di India.

Dinasti Mughal di negara itu juga dipanggil Takhta Merak kerana menampilkan burung merak.

Burung itu pernah terbang dalam kumpulan besar dan merentasi bahagian dataran utara India.



Pembandaran pesat dan kehilangan habitat dalam beberapa dekad yang lalu, mengurangkan bilangan haiwan itu.

Hukuman dan denda yang ketat di bawah undang-undang hidupan liar kini melindungi haiwan itu daripada menjadi mangsa buruan atau dicederakan.

Pempengaruh ditahan selepas video burung merak masak kari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button