‘Saat laungkan azan, saya harap Am masih ada, tapi saya reda pemergiannya’ – Ayah

‘Saat laungkan azan, saya harap Am masih ada, tapi saya reda pemergiannya’ – Ayah

'Saat laungkan azan, saya harap Am masih ada, tapi saya reda pemergiannya' - Ayah
MOKHTAR, bapa kepada Muhammad Nidza Afham tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Shah Alam hari ini. FOTO Bernama

Klang: “Ketika melaungkan azan, saya masih berharap anak saya masih ada,” kata Mokhtar Mahmud, 57, ayah kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, petang tadi.

Mokhtar yang juga seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan TTDI Shah Alam di sini itu berkata, dia melaungkan azan kira-kira jam 3 petang di atas jambatan anaknya dipercayai hilang.

“Saya reda dengan pemergian arwah anak saya. Semasa azan petang tadi (semalam), saya harap Am (nama panggilan Nidza Afham) dapat dijumpai.



“Tapi apabila anak dijumpai (dalam keadaan sudah tiada), saya reda dan harap Allah ampunkan dosanya,” katanya ketika ditemui di lokasi berhampiran mayat anaknya ditemui, malam ini.

Mokhtar berkata, dia menerima panggilan memaklumkan penemuan itu jam 7.30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Salah seorang anak memberitahu polis ada menemui satu mayat dipercayai anak Am, Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu.

“Tibanya di lokasi, ahli keluarga mengesahkan jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya.

“Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya,” katanya sebak.



'Saat laungkan azan, saya harap Am masih ada, tapi saya reda pemergiannya' - Ayah
IRNI Yusmira (tengah) ibu kepada penyanyi Muhammad Nidza Afham tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Shah Alam hari ini. FOTO Bernama

Berkongsi keperibadian arwah, Mokhtar berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu seorang anak yang baik dan sering membantu adik beradiknya.

“Saya sifatkan Am sebagai anak yang sangat mendengar kata dan tidak berat untuk membantu adik beradiknya yang lain, kali terakhir saya menemuinya ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelaki bulan lalu.

“Kali terakhir saya berhubung dengan Am menerusi WhatsApp petang semalam, ketika itu Am menyatakan mahu memberikan sejumlah wang saku kepada saya” katanya.

Dalam pada itu, beliau, menyerahkan segala urusan berkaitan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.



“Apa yang boleh saya katakan, Am sudah sudah ditemui, saya serahkan sepenuhnya kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika ditemui di lokasi penemuan mayat memberitahu mayat mangsa ditemukan seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat hospital,” katanya.

Media sebelum melaporkan ini, Nidza Afham dipercayai keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangan disedari pada jam 9 malam semalam.



Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.

‘Saat laungkan azan, saya harap Am masih ada, tapi saya reda pemergiannya’ – Ayah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button