Teruskan hingga Olimpik Brisbane 2032

Teruskan hingga Olimpik Brisbane 2032

Teruskan hingga Olimpik Brisbane 2032
BEASLEY (kanan) percaya program RTG harus diteruskan sehingga Olimpik Brisbane 2032. – FAIZ ALIF

KETUA jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan, John Beasley berharap program elit Road to Gold (RTG) dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga ke Sukan Olimpik Brisbane 2032 untuk ia membuahkan hasil.

Pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir Isnin lalu, kontinjen Malaysia terus kempunan untuk mendapatkan pingat emas pertama apabila sekadar membawa pulang dua gangsa menerusi sukan badminton.

Justeru, Beasley menggesa semua pihak terus memberikan sokongan terhadap RTG yang mula diwujudkan Mac tahun lalu kerana ia membantu atlet-atlet program tersebut mendapatkan khidmat sokongan terbaik.



“RTG mula dilancarkan Mac tahun lalu dan ia masih baharu. Kita ada kitaran Olimpik yang lain, jadi saya fikir ia perlu diteruskan kerana mereka menyokong kami bukan sahaja dari segi peralatan, malah emosi juga.

“Kami memang memerlukan program elit ini, jadi teruskan memberikan sokongan. Mungkin ia memerlukan sedikit masa untuk membina sesuatu yang istimewa dan perlu diteruskan sehingga Brisbane,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




Pada Olimpik kali ini, Malaysia meraih dua pingat gangsa, masing-masing dalam sukan badminton menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Sementara itu, harapan untuk membawa pulang pingat emas menerusi berbasikal trek turut musnah apabila jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang tersingkir di saringan pertama keirin lelaki, manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan aksi final di tempat keenam.

Pada masa sama, Beasley turut meminta mana-mana pihak yang berhasrat memansuhkan RTG supaya berfikir sebaik-baiknya kerana program tersebut mampu memberi manfaat kepada ekosistem sukan Malaysia.

“Jika anda benar-benar serius untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan, program ini perlu diteruskan. Sesiapa yang mahu menghentikan RTG, mereka mungkin tidak faham mengenai sukan,” ujarnya.



Sebagai rekod, RTG diperkenalkan Mac tahun lalu dan berperanan sebagai khidmat tambahan kepada atlet-atlet elit dari pelbagai aspek, termasuk latihan dan sains sukan dalam usaha mendapat pingat emas pertama di Sukan Olimpik. – KOSMO! ONLINE

Teruskan hingga Olimpik Brisbane 2032

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button