Wanita ‘terhantuk’ tiang kereta api Thailand, dilapor cedera ringan

Wanita ‘terhantuk’ tiang kereta api Thailand, dilapor cedera ringan

Wanita 'terhantuk' tiang kereta api Thailand, dilapor cedera ringan
Wanita itu mengalami bengkak di kepalanya. – Foto AGENSI

BANGKOK: Seorang wanita di selatan Thailand dilaporkan tidak berdepan kecederaan serius selepas kepalanya terhantuk ​​tiang ketika berpaut di tangga kereta api yang sedang bergerak.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, wanita itu dilihat berada di dalam gerabak kereta api, sebelum bertindak keluar dari pintu kereta api yang terbuka.

Dia kemudian bergerak melangkah ke luar kabin, sebelum berpusing dan bersandar ke luar dengan kedua-dua tangan memegang bar hendal kereta api terbabit.



Beberapa saat kemudian, kepalanya terlanggar beberapa tiang di luar kereta api terbabit sehingga dia gagal menyeimbangkan badan dan hampir terduduk.

Bagaimanapun, wanita itu masih memegang bar hendal kereta api sebelum rakaman video berkenaan dihentikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




Kereta api itu bagaimanapun meneruskan perjalanan selepas insiden terbabit.

Dalam catatan menerusi Facebook rasmi State Railway of Thailand (SRT) semalam memaklumkan insiden itu berlaku 5 Ogos lalu, jam 3.15 petang.

Ketika itu, sebuah kereta api meninggalkan stesen Ban Ton Don di Phatthalung, dan menuju ke Nakhon Si Thammarat.

Wilayah Phatthalung di selatan Thailand terletak kira-kira 850 kilometer dari ibu kota Bangkok.



Katanya, kereta api itu bergerak pada kelajuan rendah ketika kejadian kerana ia baru bergerak daripada stesen.

Wanita itu mengalami bengkak di kepala dan dibawa ke Hospital Phatthalung. X-ray menunjukkan tiada kecederaan serius dan wanita itu dibenarkan pulang sebaik dirawat. – AGENSI

Wanita ‘terhantuk’ tiang kereta api Thailand, dilapor cedera ringan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button