Atlet tak menang pingat dapat RM70,000

Atlet tak menang pingat dapat RM70,000

Atlet tak menang pingat dapat RM70,000
JOKOWI (kiri) bersalam dengan Veddriq yang menghadiahkan pingat emas pertama buat Indonesia di pentas Olimpik Paris pada majlis sambutan di Istana Negara, Jakarta hari ini. – AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) secara rasmi memberikan bonus kepada barisan atlet dan pelatih negara itu yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Menerusi laporan CNN Indonesia, Jokowi mengumumkan ganjaran tersebut itu bukan sahaja kepada pemenang pingat, malah kepada mereka yang pulang dengan tangan kosong kerana sudah membanggakan nama Indonesia di pentas dunia.

Menurut Jokowi, hadiah tunai yang diberikan bermula Rp250 juta (RM70,000) hingga Rp6 miliar (RM1.7 juta) adalah penghargaan buat atlet yang bekerja keras untuk mengharumkan nama negara di Paris.“Pertama, saya ingin mengucapkan ucapan terima masih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada atlet yang sudah berjuang di Olimpik 2024 dan memberikan kebanggaan luar biasa bagi bangsa dan rakyat Indonesia.



Atlet tak menang pingat dapat RM70,000
INDONESIA berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa pada penyertaan di Olimpik Paris kali ini. – AFP

“Sebagai bentuk penghargaan atas prestasi membanggakan ini, pemerintah telah menyiapkan bonus sebesar Rp6 miliar (RM1.7 juta) untuk pemenang pingat emas, Rp1.65 miliar (RM467,000) untuk pemenang pingat lain (perak dan gangsa).

“Selain itu, Rp2.75 miliar (RM779,000) untuk jurulatih atlet yang meraih pingat emas dan pelatih pemenang pingat perak dan gangsa pula mendapat Rp675 juta (RM191,000).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR




“Bonus sebanyak Rp250 juta (RM70,000) untuk atlet yang tidak mendapat pingat turut diberikan sebagai sebuah penghargaan,” katanya dipetik daripada laporan CNN Indonesia.

Indonesia berjaya meraih dua pingat emas menerusi Veddriq Leonardo dan Rizki Juniansyah sekali gus meraih pencapaian terbaik sejak edisi 1992 di Barcelona. – AGENSI

 

Atlet tak menang pingat dapat RM70,000

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button