Bekas pengetua seleweng duit makan pelajar, dijel 50 tahun
Bekas pengetua seleweng duit makan pelajar, dijel 50 tahun
Bangkok: Seorang bekas pengetua sekolah di Nakhon Sawan, dihukum penjara 50 tahun kerana menyalahgunakan peruntukan 596,000 baht (kira-kira RM75,370) yang sepatutnya digunakan untuk penyediaan makan tengah hari pelajarnya pada 2021.
The Nation melaporkan, Mahkamah Jenayah Bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Kawasan 6 mensabitkan kesalahan terhadap Suthep Sukthong pada 15 Mei, namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC) hanya mengumumkan keputusan itu pada Selasa lalu.
NACC mendakwa Suthep dan seorang rakannya, Wisut Puangchampee, bersubahat melakukan perbuatan itu pada 2021.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah dan Akta NACC, atas 50 pertuduhan dengan menyeleweng peruntukan makan tengah hari kepada pelajar.
Kes terhadap Wisut diketepikan kerana dia sudah meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
Suthep didakwa memperoleh peruntukan sebanyak 20 baht (kira-kira RM2.53) untuk makan tengah hari setiap pelajar, tetapi hanya membayar 14 baht (kira-kira RM1.77) kepada tukang masak kontrak untuk menyediakan hidangan itu.
Disebabkan bajet terhad itu, kebanyakan pelajar diberi makan kepala ikan goreng atau bebola daging goreng untuk makan tengah hari. Ada ketikanya, mereka dihidangkan makanan sudah dimasak, yang dibeli di pasar.
Menurut NACC, mahkamah mendapati Suthep bersalah atas 50 pertuduhan.
Mahkamah pada mulanya menjatuhkan hukuman 50 tahun bagi setiap pertuduhan, bersamaan 250 tahun penjara, tetapi mengurangkannya kepada satu pertiga, selepas dia mengaku bersalah.
Bagaimanapun, memandangkan penjara maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang adalah 50 tahun, Suthep dijatuhi hukuman itu, dan diarah memulangkan 596,208 baht (kira-kira RM75,396) yang diselewengkan itu kepada Perbandaran Daerah Takli.
Bekas pengetua seleweng duit makan pelajar, dijel 50 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula