Dijel secara salah 5 dekad, lelaki terima pampasan RM31 juta
Dijel secara salah 5 dekad, lelaki terima pampasan RM31 juta
Washington: Lelaki berusia 71 tahun yang menghabiskan hampir lima dekad di penjara atas pembunuhan tidak dilakukannya akan menerima bayaran AS$7.15 juta (kira-kira RM31.7 juta) daripada pihak berkuasa bandar Edmond, Oklahoma.
Glynn Simmons adalah antara banduan paling lama di Amerika Syarikat, lapor Daftar Kebangsaan untuk Pembebasan.
Peguam bela Simmons berkata, bayaran itu mewakili penyelesaian sebahagian daripada tuntutan mahkamahnya terhadap bandar Edmond dan polis.
“Simmons menghabiskan masa yang tragis, dipenjarakan kerana jenayah yang tidak dilakukannya.
“Walaupun dia tidak akan dapat mengundurkan masa, penyelesaian dengan Edmond ini akan membolehkan dia bergerak ke hadapan sambil terus mendesak tuntutannya terhadap Oklahoma City dan seorang detektif terkemuka,” kata peguam utama, Elizabeth Wang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
Simmons dan seorang lagi lelaki, Don Roberts, dihukum mati pada 1975 atas pertuduhan membunuh seorang kerani kedai arak yang berusia 30 tahun ketika kejadian rompakan di Edmond.
Hukuman mereka kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup.
Simmons dan Roberts disabitkan kesalahan semata-mata berdasarkan keterangan seorang pelanggan remaja yang ditembak di kepala pada masa rompakan, tetapi dia terselamat.
Hakim Mahkamah daerah Amerika Syarikat Amy Palumbo menolak sabitan terhadap Simmons pada Julai tahun lalu. Simmons secara rasmi diisytiharkan tidak bersalah pada Disember lalu.
Roberts, defendan bersama Simmons, dibebaskan dari penjara pada 2008.
Dijel secara salah 5 dekad, lelaki terima pampasan RM31 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula