Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

Mengaku Belum Masanya Untuk Berhijrah

Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

Pelakon sensasi Eyka Farhana, atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila penampilannya selepas pulang dari mengerjakan umrah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Eyka, yang baru-baru ini menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan memakai blaus singkat di atas paha, menerima kritikan hebat daripada netizen yang mempersoalkan kesahihan amalan ibadatnya ketika berada di Tanah Suci.



Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

 

Bagi ramai, gaya penampilan Eyka yang seksi itu dianggap tidak wajar, terutama memandangkan beliau baru sahaja pulang dari menjalani ibadah umrah yang sepatutnya memberi kesan mendalam pada dirinya.

Ramai pengikutnya berpendapat bahawa sebagai seorang yang baru pulang dari sesi penyucian jiwa, perubahan dalam penampilan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.



Namun begitu, Eyka menegaskan bahawa soal perubahan diri adalah sesuatu yang peribadi dan belum tiba masanya untuk beliau melakukan perubahan seperti yang diharapkan.

“Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.

“Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan,” jelasnya.

Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi



 

Walaupun begitu, Eyka tidak menolak kemungkinan untuk berubah suatu hari nanti, namun baginya, perubahan tidak semestinya berlaku selepas pulang dari umrah sahaja.

Beliau juga berharap agar niat baik netizen yang menegurnya adalah kerana rasa sayang dan prihatin terhadap dirinya, dan bukan semata-mata untuk mengkritik.

“Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja. Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.



“Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” tambahnya.

Selain kecaman mengenai penampilannya, Eyka turut diuji dengan kritikan kerana sering berkongsi foto-foto dari Tanah Suci di media sosial. Ada netizen yang berpendapat bahawa beliau sepatutnya lebih fokus kepada ibadah daripada menayang diri di media sosial.

Namun, Eyka tampil mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk berkongsi momen indah yang dialaminya di sana.

“Saya memang suka ambil gambar. Kalau pergi mana-mana, saya tetap rakamkan momen atau tempat menarik yang saya kunjungi, bukannya di Tanah Suci sahaja. Lagipun banyak tempat yang cantik di Tanah Suci yang perlu saya kongsi.



“Selain dapat tunjukkan keindahan bumi Anbia, dapatlah juga saya mendorong pengikut untuk pergi ke sana. Kalau nak kata saya tak fokus ibadat, itu memang tidak benar. Lagipun, tak semua benda saya kena kongsi dalam media sosial terutamanya soal ibadah,” katanya.

Menyentuh mengenai pengalamannya mengerjakan umrah bersama adik dan rakan baiknya, pelakon Bella Astillah, Eyka mengakui hatinya tersentuh setiap kali beribadat di Tanah Suci.

Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

 



“Bila berada di Tanah Suci, saya dapat rasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentuh,” imbaunya penuh emosi.

Mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sudah dirisik dan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid, Eyka hanya akan berkongsi perkara itu jika ia benar-benar berlaku.

“Kalau betul ada majlis merisik atau bertunang, saya akan beritahu. Sudah pasti saya akan umumkan berita gembira dalam media sosial,” ujar Eyka, meninggalkan tanda tanya kepada para peminatnya.

Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button