Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Baca Doa Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Pandainya Dia”

Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Baca Doa Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Baca Doa Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Dahlah Comel & Petah Bercakap, Bijak Pulak Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 212 ribu, tanda suka sebanyak 9,122 dan sebanyak 283 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang sedang membaca doa makan lalu disuruh Syamel untuk membaca pula doa naik kenderaan.

@ernienator.my



Replying to @user79227122067845 lala tak majok, lala baca doa hari ni 😂❤ cc : syamel #erniezakri #syamel #khawlasoleha #fyp #foryoupage #xyzbca #TikTokAwardsMY2024

♬ original sound – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬 – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka teruja melihat Khawla membaca doa tersebut. Tambah mereka lagi, mereka bangga dengan cara didikan Syamel dan Ernie Zakri sehingga khawla menjadi tertib sebegitu.

Apa-apa pun semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.



Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Baca Doa Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button