Jet pejuang bertembung, dua juruterbang maut

Jet pejuang bertembung, dua juruterbang maut

KAPTEN Sebastien Mabire (kiri) and Leftenen Matthis Laurens maut selepas jet pejuang Rafale bertembung di udara. FOTO FRENCH AIR FORCE / AFP.Paris: Dua juruterbang Perancis maut apabila jet pejuang dikendalikan mereka bertembung di udara di timur Perancis, kata tentera udara dalam satu hantaran di X, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kedua-dua jet pejuang Rafale itu sedang dalam penerbangan pulang daripada misi di Jerman apabila mereka bertembung berhampiran Colombey-les-Belles, berhampiran Bandar Nancy, menurut hantaran itu pada Rabu.

Menurut hantaran itu, seorang lagi juruterbang terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.



Presiden Perancis Emmanuel Macron menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua juruterbang itu.

.Tiada butiran lanjut diberikan mengenai punca nahas itu.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button