“Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM

Oleh Adam Malik.

Kesal tidak dapat jadi Perdana Menteri, Muhyiddin masih belum “Move on” lagi.

Jika kita sangka hanya penyokong PAS sahaja dijangkiti sindrom sewel, maka tanggapan ini satu silap besar.



Ini kerana penyakit yang sama turut terkena kepada golongan pemimpin Perikatan Nasional juga.

Jika ada sahaja pilihanraya maka ada juga perkara pelik berlaku.

Pada PRK DUN Nenggiri kali ini, Muhyiddin Yassin yang berperanan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional telah membawa kisah konon nya beliau yang sepatut nya menjadi Perdana Menteri dan bukan Anwar Ibrahim.

Muhyiddin membawa kisah dan naratif versi beliau dalam kempen ceramah nya tentang apa yang terjadi dalam proses pemilihan.



Namun kisah yang dibawa oleh Muhyiddin tidak berpaksi kebenaran dan lebih kepada fitnah semata mata.

Kisah yang dibawa oleh Muhyiddin separuh benar dan bukan kebenaran mutlak.

Jumpah kerusi 115 yang disebut oleh Muhyiddin mungkin betul pada jumlah tetapi tidak pada hakikat.

Ini kerana 10 dari jumlah 115 yang disebut oleh Muhyiddin juga nama mereka ada didalam senarai yang ditunjuk oleh Anwar Ibrahim kepada YDPA.



10 SD Ahli Parlimen Barisan Nasional sudah diikat dengan akujanji tidak akan melompat parti dan akan terlucut secara automatik dan perlu bayar denda RM100 juta.

Tambah lagi sudah wujud RUU Akta lompat parti mereka tidak boleh buat keputusan secara individu dan sebarang keputusan mesti dibuat secara “EnBlock” seluruh parti.

Dalam surat persetujuan telah termaktub hanya Pengerusi BN Ahmad Zahid sahaja yang boleh membuat keputusan dan yang menanda tangan akur kepada keputusan Pengerusi.

Maka terbatal lah apa sahaja jumlah yang dibuat oleh individu dari BN termasuk yang 10 MP yang SD mereka ada pada senarai yang dibawa oleh Muhyiddin Yassin ketika menyerah senarai kepada Yang DiPertuan Agong.



Apakah Muhyiddin terlalu jahil tentang hal ini?

Muhyiddin sempat menyindir YDPA kerana tidak memanggil nya untuk dilantik menjadi PM, sedangkan YDPA turut ada penasihat undang undang untuk dirujuk sebelum membuat keputusan.

Akta Lompat parti disetujui hampir 200 Ahli Parlimen, dan apa guna ada Akta jika tidak di patuhi?

Sepatut nya Muhyiddin boleh didakwa kerana cuba mengelirukan YDPA dan dan terkini cuba memfitnah YDPA.



Ahli PN sudah tentu mudah termakan dakyah Muhyiddin.

Sebelum itu, ketika ditawar oleh YDPA untuk bergabung antara PN dan PH, Muhyiddin begitu sombong menolak nya kerana sangka submission yang dibuat akan diterima.

Ini keraha sifat tamak mahu jadi PM semata mata menguasai Muhyiddin.

Kini apa yang jadi adalah Muhyiddin meroyan pagi dan petang siang dan malam bahawa diri nya yang patut jadi PM.



Muhyiddin tidak terima hakikat dan masih tidak dapat “move on” bahawa beliau lah punca segala nya kegagalan bawa PAS yang miliki kerusi terbanyak tetapi jadi pembangkang.

PAS sepatut sergah Muhyiddin supaya berundur dan ambil tanggung jawap tambah lagi Muhyiddin ada banyak kes rasuah dan AMLA.

Begini lah kisah segerombolan puak tidak masuk akal yang menjadi pembangkang.

Yang kerusi banyak jadi pak turut kepada yang kerusi minoriti dan Kluster Mahkamah,sambil nama Islam dijaja.

Kepada Muhyiddin “move on” lah dan henti perbodoh kan rakyat, dan lebih baik undur dan hadapi kes kes dengan tenang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button