Negeri Sembilan dapat jurulatih baharu

Negeri Sembilan dapat jurulatih baharu

Negeri Sembilan dapat jurulatih baharu
NANTHA KUMAR dinaikkan pangkat kepada ketua jurulatih menggantikan tempat Azzmi berkuat kuasa hari ini.

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) hari ini melakukan rombakan menyaksikan ketua jurulatihnya, Azzmi Ab. Aziz digantikan oleh penolongnya, K. Nantha Kumar.

Ia susulan keputusan NSFC yang mencatatkan enam kekalahan daripada tujuh perlawanan Liga Super dengan hanya mengutip tiga mata dan terperosok di tangga kedua tercorot ketika ini.

NSFC yang tewas 1-3 kepada PDRM FC di gelanggang sendiri pada Ahad lalu, hanya menang ketika menentang Pahang 2-0 pada 13 Julai lalu.



Dalam satu kenyataan, tindakan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kelab di dalam atau luar padang dan telah menjalankan semakan menyeluruh terhadap struktur dan operasi pasukan Liga Super NSFC.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak pengurusan NSFC bersetuju bahawa penstrukturan semula adalah perlu untuk memastikan kelab kekal berdaya saing di peringkat Liga Super


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR




“Pihak kelab mengakui cabaran yang bakal dihadapi untuk kelab melakukan perubahan tetapi masih yakin langkah ini penting untuk kekal kompetetif.

“Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa hari ini, adalah dimaklumkan bahawa jawatan ketua jurulatih Liga Super akan digalas oleh penolong ketua jurulatih, K. Nantha Kumar,” kata kenyataan itu.

Nantha Kumar akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih baharu, Efendi Abdul Malek dan K. Rajan, manakala Megat Amir Faisal kembali menggalas tugas sebagai jurulatih penjaga gol.

Namun, Azzmi tidak kehilangan segala-galanya dalam NSFC apabila beliau diserahkan tanggungjawab sebagai pengarah teknikal yang sebelum ini disandang oleh Efendi. – KOSMO! ONLINE



Negeri Sembilan dapat jurulatih baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button