Remaja rugi RM201,866, wang simpanan dikebas scammer

Oleh – Syeikh Baran


Remaja rugi RM201,866, wang simpanan dikebas scammer
Gambar Hiasan

Hasrat seorang remaja lelaki mencari pekerjaan bertukar mimpi ngeri apabila menjadi mangsa scammer menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM201,866.

Lebih memilukan, sebahagian daripada wang tersebut merupakan wang simpanan ahli keluarganya.



Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 19 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Rabu lalu.

Katanya, mangsa terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian itu kerana tertarik dengan komisen antara enam hingga 15 peratus yang dijanjikan.

“Mangsa terlebih dahulu membuat dua transaksi berjumlah RM3,000 sebelum menerima pulangan balik modal beserta komisen RM565 pada hari sama.

“Setelah yakin dengan tawaran tersebut, mangsa kemudian membuat 27 transaksi kepada 19 akaun bank berbeza dengan nilai keseluruhan RM201,866,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Tambah Sohaimi, mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila kesemua transaksi dibuat tersebut tidak memberikan pulangan seperti dua transaksi terdahulu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga akan menyiasat penglibatan keldai akaun dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun bank terlibat,”katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button