SUKMA 2024: Pulang Pinang enggan terus kecewa

SUKMA 2024: Pulang Pinang enggan terus kecewa

SUKMA 2024: Pulang Pinang enggan terus kecewa
SKUAD hoki Pulau Pinang giat menjalani latihan sebelum memulakan aksi awal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menentang Sarawak di Stadium Hoki Petra Jaya, Sabtu ini. – MUHAMAD IQBAL ROSLI.

KUCHING – Persiapan kira-kira dua bulan bukan halangan buat skuad hoki wanita Pulau Pinang untuk tebus kecewa dan mula berhajat untuk memastikan penamat di kedudukan podium pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Walaupun seluruh pasukan hanya mampu dikumpulkan Mei lalu, kapten Pulau Pinang, Qhairunisya Mohd. Zanili menaruh harapan tinggi untuk membawa pulang pingat pada penyertaan kali ini.

SUKMA 2024: Pulang Pinang enggan terus kecewa
KAPTEN Pulau Pinang, Qhairunisya Mohd. Zanili.

“Kami jarang (berlatih) bersemuka kerana ramai yang masih belajar dan berlatih dengan skuad kebangsaan. Saya pun ada komitmen belajar dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Sains Malaysia (USM) di Kelantan.



“Pada Mei baharu kami berlatih penuh dan saya dapat rasakan skuad kali ini benar-benar bersedia untuk tebus kecewa dua tahun lalu,” katanya.

Pada edisi di Kuala Lumpur sebelum ini, kemaraan Pulau Pinang tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada juara bertahan, Pahang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR


Qhairunisya yang bantu skuad hoki lima sebelah (5s) wanita layak ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5s bersedia kongsi pengalaman bersama rakan sepasukannua.



“Saya akan gunakan pengalaman saya untuk bantu pasukan terutamanya cara terbaik untuk melakukan serangan dan bertahan dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

SUKMA 2024: Pulang Pinang enggan terus kecewa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button