Suri rumah dibunuh: Empat ahli keluarga direman sehingga 21 Ogos ini

Oleh – Syeikh Baran


Suri rumah dibunuh: Empat ahli keluarga direman sehingga 21 Ogos ini
ANGGOTA polis melakukan siasatan di sekitar rumah mangsa yang maut di Indera Mahkota di Kuantan.

Empat ahli keluarga wanita yang maut dengan kesan jerut di leher di rumahnya di Indera Mahkota di sini kelmarin direman sehingga 21 Ogos ini.

Empat ahli keluarga yang ditahan merupakan bapa mangsa, suami mangsa, bapa mentua mangsa dan ibu mentua mangsa yang berusia antara 27 hingga 62 tahun.



Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek sebenar dalam kejadian terbabit.

Katanya lagi, pihaknya juga masih menyiasat tentang motif sebenar pembunuhan terbabit dilakukan.

“Setakat ini kita masih dalam siasatan untuk kenal pasti suspek dan motif pembunuhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan seorang suri rumah berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia dengan kesan jerutan di leher di dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button