Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

“Gengster Macam Mana Sekalipun, Kongsi Lokasi Semasa”-

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

Pelakon Sweet Qismina baru-baru ini meluahkan rasa terkesan dengan insiden yang menimpa Allahyarham Nidza Afham, abang kepada penyanyi muda Aufahanie.

Insiden tragis ini mendorong Sweet untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa berkongsi lokasi semasa mereka dengan keluarga, terutamanya ketika bersendirian.



Sweet, atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 27, menegaskan betapa pentingnya langkah ini bagi menjaga keselamatan diri, tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

 

Dalam satu muat naik menerusi InstaStory, isteri kepada pelakon Adam Lee itu mengingatkan bahawa tiada siapa yang kebal daripada bahaya, walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri atau memiliki sifat gagah.



“Kesayangan semua, tolong kongsi keberadaan kalau sedang bersendirian, tak kisah perempuan atau lelaki,” katanya dengan penuh keprihatinan.

“Tak kisah kalau awak mahir dalam seni mempertahankan diri, gengster macam mana sekali pun, tolong kongsi keberadaan anda dengan keluarga.”

Selain itu, Sweet turut menekankan bahawa langkah keselamatan ini perlu dilakukan secara bijak. Menurutnya, orang ramai harus mengelakkan daripada berkongsi lokasi semasa mereka di media sosial kerana tindakan tersebut boleh menarik perhatian individu yang berniat jahat.

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham



 

“Orang kata menjengkelkan nak kemas kini 24 jam pun buatlah. Tapi jangan rajin sangat kongsi lokasi awak dalam media sosial,” ujar Sweet lagi.

“Kongsi satu jam atau sehari selepas berada di tempat kejadian. Kalau rasa tak sedap hati, jangan muat naik dulu. Orang boleh kesan lokasi dan serang anda bila-bila masa sahaja.”

Sweet, yang kelihatan amat terkesan dengan apa yang berlaku kepada Nidza, berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada semua untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi, terutama di platform media sosial.



Menurutnya, walaupun privasi penting di media sosial, ia tidak sepatutnya menjadi halangan untuk berkongsi maklumat dengan keluarga terdekat.

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

 

“Biar ada privasi dalam media sosial tetapi bukan dengan keluarga. Nasib arwah kongsikan aktiviti dia. Kalau tidak, kita tak akan dapat tahu (kehilangan Nidza). Salam takziah, Aufahanie,” jelasnya, memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Nidza.



Insiden yang menimpa Nidza Afham, yang juga seorang penyanyi dan YouTuber, menjadi berita yang amat menyedihkan. Kehilangan beliau dikongsi oleh adiknya, Aufahanie, yang memohon bantuan orang ramai untuk mengesan abangnya.

Malangnya, tidak sampai 24 jam selepas pencarian bermula, Allahyarham ditemukan pada waktu petang berhampiran Jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor, kira-kira satu kilometer dari lokasi di mana beliau dilaporkan hilang.

Sweet Qismina Luah Terkesan Dengan Kematian Arwah Nidza Afham

 



Pesanan Sweet Qismina ini bukan sekadar peringatan, tetapi juga sebagai satu langkah pencegahan bagi kita semua untuk lebih berwaspada dan menjaga keselamatan diri, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu ini.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button