Isu beg udara: BMW panggil balik 1.4 juta kenderaannya di China

Isu beg udara: BMW panggil balik 1.4 juta kenderaannya di China

Isu beg udara: BMW panggil balik 1.4 juta kenderaannya di China
LOGO BMW di salah satu kilangnya di Jerman. FOTO AFP

Beijing: Pengeluar kereta BMW akan memanggil balik 1.4 juta kenderaannya di China kerana beg udara yang rosak.

Perkara itu diumumkan oleh pengawal selia pasaran negara itu, Jumaat lalu.

Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran berkata, kereta itu mungkin mempunyai beg udara yang rosak daripada Takata Corporation, Jepun, yang boleh pecah dan menyebabkan serpihan terbang dan berpotensi mencederakan pemandu.



Kereta yang terjejas termasuk model yang dikeluarkan dari 2003 hingga 2017.

Hampir 600,000 kereta dibuat dalam negara yang dikeluarkan oleh usaha sama BMW Brilliance Automotive, dan sekitar 760,000 kereta import, akan ditarik balik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula




 

Bagi kereta yang disahkan mempunyai isu itu, pembuat kereta Jerman itu akan menggantikan beg udara hadapan secara percuma.

Berjuta-juta kereta yang dipasang dengan beg udara Takata sudah ditarik balik sejak 2014, dan syarikat itu muflis tiga tahun kemudian. Ford menarik balik tiga juta kenderaan yang mengandungi beg udara Takata pada 2021.

Pada Julai tahun ini, BMW memanggil semula hampir 400,000 kereta di Amerika Syarikat atas sebab sama.



China adalah pasaran automotif terbesar di dunia.

Isu beg udara: BMW panggil balik 1.4 juta kenderaannya di China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button