Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

 

Rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Itulah kata-kata yang paling tepat untuk diberikan kepada Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin.



Beliau dilihat masih lagi tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau sudah kehilangan jawatan perdana menteri.

Apa yang lebih membuat kita kesal adalah, beliau secara terang-terangan menghina dan mempersoalkan kredibiliti institusi YDP Agong.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Sikap derhaka itu dengan jelas beliau pamerkan dalam salah satu ucapan di pentas politik pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

Dengan angkuh Muhyiddin mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas PRU 15.

Dakwa Muhyiddin, sokongan yang beliau perolehi itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri untuk membentuk kerajaan yang baru.

Tetapi beliau menyalahkan SPB YDP Agong ketika itu, Al Sultan Abdullah, kerana tidak menjemput beliau untuk mengangkat sumpah.



Secara sinis beliau kemukakan soalan kepada hadirin yang akhirnya beliau sendiri yang menjawabnya.

“Siapa Agong ketika itu?”

“Dari Pahang bukan?”, sindir Muhyiddin.

Fakta Yang Di Putar Belit Muhyiddin

 



Untuk rekod, memang benar Muhyiddin sudah mendapat Surat Akuan Bersumpah atau SD dari 115 ahli Dewan Rakyat.

Tetapi angka 115 yang beliau perolehi itu selepas mencuri sokongan 10 orang ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional.

Sedangkan ketika itu, Barisan Nasional belum lagi membuat keputusan sama ada mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau pun Perikatan Nasional.

Dan semua calon yang bakal mewakili Barisan Nasional dalam PRU 15 sudah pun menandatangani Surat Akujanji.



Mereka bersetuju untuk memberikan mandat kepada Pengerusi Barisan Nasional untuk membuat keputusan sekiranya perlu dibentuk kerajaan campuran.

Sekiranya mereka engkar, maka kerusi parlimen yang mereka menangi akan diisytiharkan kosong dan mereka akan disaman RM100 juta.

Selepas mendapat surat peringatan dari Barisan Nasional, kesemua 10 orang ahli Dewan Rakyat tersebut menarik balik SD kepada Muhyiddin.

Dalam artikata lain, dengan penarikan SD tersebut, Muhyiddin hanya mempunyai 105 sokongan ahli Dewan Rakyat.



Jumlah sokongan minima yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah mendapat sokongan 112 ahli Dewan Rakyat.

Sebab itulah YDP Agong tidak memanggil Muhyiddin untuk mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.

Malah baginda menawarkan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan campuran dengan Pakatan Harapan.

Tetapi Muhyiddin dan Hadi Awang dengan biadab meninggalkan Istana Negara sebelum kata putus dicapai.

Persoalannya, mengapakah mesti dipersalahkan Al Sultan Abdullah?

Menghina keputusan yang baginda buat atas kapasiti sebagai YDP Agong berarti menghina institusi YDP Agong.

Ianya adalah satu kesalahan yang menyentuh 3R.

Kerajaan yang memerintah sekarang sudah pun hampir menjangkau setengah penggal.

Move on lah Muhyiddin.

 

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button