Pengundi Dun Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini
Pengundi Dun Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini
Gua Musang: Seramai 20,259 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, hari ini.
Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 46 saluran dibuka serentak mulai 8 pagi hingga 6 petang, dengan enam daripadanya akan ditutup lebih awal.
Empat pusat mengundi akan ditutup 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.
Proses penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal 9 malam.
Berdasarkan statistik SPR, daripada 20,259 pengundi berdaftar, 14 anggota polis mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka, manakala secara keseluruhan sebanyak 43 kertas undi pos sudah dikeluarkan pada 5 Ogos lalu kepada individu yang berhak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
PRK Dun Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dancalon dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi.
Pengundi Dun Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :