15 sekeluarga terbunuh dalam satu serangan di Gaza
15 sekeluarga terbunuh dalam satu serangan di Gaza
Baitulmaqdis: Agensi pertahanan awam Gaza berkata, serangan udara Israel pada awal pagi Sabtu lalu, membunuh 15 orang daripada sebuah keluarga Palestin.
Mangsa termasuk sembilan kanak-kanak dan tiga wanita.
Serangan itu berlaku ke atas rumah keluarga Ajlah di kejiranan Al-Zawaida di tengah Gaza, kata jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal kepada AFP.
Tentera Israel tidak mengulas berhubung serangan berkenaan.
“Angka yang terkorban akibat serangan Israel ke atas rumah keluarga Ajlah dan gudang mereka di Al-Zawaida, adalah 15 orang,” kata Bassal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
Bassal memberikan senarai mereka yang terbunuh, termasuk sembilan kanak-kanak dan tiga wanita.
Seorang saksi berkata, serangan itu berlaku sejurus selepas tengah malam.
“Tiga roket mengenai rumah secara langsung,” kata Ahmed Abu al-Ghoul ketika penyelamat mengeluarkan mayat dari runtuhan rumah itu.
“Terdapat ramai kanak-kanak dan wanita di dalamnya. Apakah yang mereka lakukan untuk menerimanya?”
Rakaman AFPTV mengenai kejadian itu, yang dirakam selepas Subuh menunjukkan penyelamat mencari mayat di bawah timbunan blok konkrit yang runtuh.
Perang antara Israel dan Hamas yang berlarutan sejak lebih 10 bulan menyebabkan sebahagian besar bangunan Gaza, musnah.
Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, yang mengakibatkan kematian 1,198 orang, kebanyakannya orang awam
Pejuang Hamas turut menawan 251 orang ketika serangan itu, dengan 111 daripadanya masih ditahan di Gaza, termasuk 39 yang dikatakan tentera Israel sudah terkorban.
Kempen tentera balas Israel membunuh sekurang-kurangnya 40,005 orang di Gaza, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas, yang tidak memberikan butiran kematian orang awam dan pejuang.
15 sekeluarga terbunuh dalam satu serangan di Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri