Adakah Muhyiddin cuba cetus kebencian terhadap institusi YDPA?

 

Oleh Adam Malik

Adakah Muhyiddin cuba cetus kebencian terhadap institusi YDPA?



Semua orang sudah tahu Presiden Parti Bersatu Muhyiddin Yassin berada didalam kedudukan sangat tersepit.

Selain berhadapan banyak kes Mahkamah yang akan bermula , Muhyiddin juga sudah hilang kawalan terhadap Perikatan Nasional.

Terkini, rakyat lihat betapa Parti PAS mendajalkan Parti Bersatu di PRK Nenggiri dengan permaianan muslihat calon katak lompat dan Takiyuddin Hasan memperli Parti Bersatu sebagai “tiada lelaki dalam Bersatu” sehingga tiada calon untuk dipertaruhkan di Nenggiri.

Hatta tindakan PAS akibatkan banyak bahagian dan cawangan Parti Bersatu ditutup tanda ahli nya protes dan hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.



Muhyiddin bersama sama Tun Mahathir juga telah buntu cara untuk menjatuhkan kerajaan.

Terkini, akibat sudah amat tertekan dengan situasi politik, Muhyiddin telah membuat fitnah terhadap mantan YDPA.

Dalam satu ceramah di PRK Nenggiri Muhyiddin telah memberi naratif tidak betul konon nya beliau dinafikan jawatan Perdana Menteri oleh YDPA waktu itu , walau cukup jumlah Ahli Parlimen menyokong nya.

Gambaran konon nya dengan jumlah AP 115 orang sudah sepatutnya beliau dipanggil ke Istana untuk dilantik jadi PM.
Apa yang Muhyiddin tidak beri tahu penyokong PN adalah sepuluh dari AP itu sudah ada nama mereka dalam senarai AP Barisan Nasional dan mereka sudah terikat dengan akujanji yang ditandatangani sebelum PRU15.



Maka 115 yang ada dalam senarai Muhyiddin 10 dari nya tidak valid kerana ada Akta RUU lompat parti.

Jika niat Muhyiddin mahu menipu YDPA , mungkin tidak berjaya kerana pihak Istana juga ada penasihat undang undang.

Kesemua hal ini boleh ditafsirkan sebagai cubaab Muhyiddin membangkit kemarahan rakyat terhadap keputusan YDPA yang konon nya “bias” dan berpihak.

Ini tidak betul kerana siapa pun jadi kerajaan dan Perdana Menteri YDPA tetap berkecuali dan tiada kepentingan.



Terkini sudah hampir lebih dari 5 pihak membuat laporan terhadap Muhyiddin.

Sambil itu Tengku Mahkota Pahang turut menzahirkan kemurkaan terhadap fitnah yang dibuat oleh Muhyiddin dengan mengutus surat kemurkaan.



Persoalan, adakah semua tindakan ini satu cubaan Muhyiddin cetuskan kemarahan terhadap institusi Raja?

Polis harus menyiasat segera dan melayani semua laporan terhadap Muhyiddin tanpa belengah lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button