Ganjaran untuk idea keluarkan bom dari tasik Switzerland
Ganjaran untuk idea keluarkan bom dari tasik Switzerland
Bern: Jabatan Pertahanan Switzerland menawarkan hadiah wang tunai 50,000 franc (kira-kira RM255,810) untuk individu yang memberi idea terbaik bagi mengeluarkan bom di tasiknya.
Portal BBC melaporkan, tiga idea terbaik diperlukan untuk penyelesaian selamat yang juga dapat memelihara alam sekitar.
Pemenang akan berkongsi hadiah tetapi operasi menyelamat dijangka menelan belanja sehingga berbilion-bilion franc.
Fakta bahawa begitu banyak bom dibuang di tasik Switzerland sudah diketahui selama beberapa dekad.
Pakar geologi Switzerland, Marcos Buser dalam kertas penyelidikan 10 tahun lalu pernah memberi amaran bahaya mengenai perkara itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
Katanya, ada dua risiko iaitu risiko letupan kerana walaupun berada di bawah air, terdapat banyak kes tentera tidak menanggalkan fius sebelum membuang bom berkenaan
Bom itu juga boleh mencemarkan air dan tanah.
Di Tasik Lucerne sahaja, dianggarkan terdapat 3,300 tan bom, dan 4,500 tan lagi di Tasik Neuchatel. Ia digunakan oleh tentera udara Switzerland untuk latihan pengeboman sehingga 2021.
Sebahagiannya berada pada kedalaman 150 hingga 220 meter (m), tetapi yang lain di Tasik Neuchatel hanya enam atau tujuh m di bawah permukaan air.
Ganjaran untuk idea keluarkan bom dari tasik Switzerland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri