’Hantu’ wanita di Austin Heights Utama dicekup

Oleh – Syeikh Baran


’Hantu’ wanita di Austin Heights Utama dicekup

Seorang wanita yang menyamar hantu bagi menakut-nakutkan pemandu di Jalan Austin Heights Utama di sini sejak beberapa minggu lalu berjaya ditangkap pihak polis, semalam.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya melakukan operasi selama tiga minggu sebelum mencekup suspek yang berusia 31 tahun.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita itu yang juga gelandangan mempunyai rekod kesihatan mental iaitu kemurungan pada 2022 dan 2023.

“Pada 27 Julai lalu, kita mengesan sebuah video tular memaparkan seorang wanita menyamar hantu dan menyerang kenderaan awam pada waktu malam di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Menurut Raub, siasatan awal mendapati wanita itu menyergah kenderaan awam. Sekiranya berlaku pelanggaran, suspek akan mengugut pemandu untuk mendapatkan ganti rugi.



“Semakan mendapati wanita itu mempunyai satu rekod jenayah, manakala ujian urin menunjukkan dia bebas pengambilan dadah.

“Wanita itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail pagi tadi untuk pemeriksaan kesihatan. Polis sedang menunggu laporan tersebut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button