Kempen cara bersemuka hati ke hati lebih berkesan
Oleh Adam Malik
Kempen cara bersemuka hati ke hati lebih berkesan.
Barisan Nasional perolehi kemenangan besar di PRK DUN Nenggiri dan berjaya rampas kembali DUN itu dari tangan Parti PAS.
Selain banyak factor kesalahan PAS dan kempen secara agresif dan mengguna fitnah dan mencerca pihak lawan, PAS juga telah tewas dengan cara berkempen UMNO.
Ketika PAS berharap kepada senjata besar mereka yakni majlis berceramah besar besaran , UMNO pula telah menggunakan strategi menyantuni pengundi dengan kunjung hormat penduduk dan bertemu penduduk secara mendampingi mereka dan berbual dari hati ke hati.
“Kami tukar cara berkempen, kita tidak buat ceramah besar besaran , hanya santuni masyarakat dari rumah ke rumah untuk meyakinkan pengundi” kata Timbalan Presiden UMNO.
Ternyata strategi ini sangat berkesan dan membawa hasil.
Cara yang digunakan seperti dikatakan oleh Datuk Seri Utama Mohamad Hassan juga boleh mendapat “feedback” dari penduduk dan mengenali masalah dikawasan mereka secara peribadi.
Mungkin cara ini akan terus digunakan oleh BN untuk kempen PRK DUN Mahkota kerana ia sangat efektiv.
Cara berkempen dengan bersemuka ini mungkin akan membuat pihak lawan fikir dua kali dan menyedari orang berkumpul ramai bukan membuktikan atau diterjemahkan sebagai undi seperti di DUN Nenggiri.