‘Mama Sangat Hebat..Kerja Kuat, Sabar & Terima Kasih Selalu Ada Dengan Kak Long’ – Bella Astillah

Pelakon, Bella Astillah menzahirkan rasa terima kasih kepada ibunya, Siti Zarina Astillah atas segala pengorbanan dan kasih sayangnya selama ini.‘Mama sangat hebat’

Menerusi luahan yang dikongsikan di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah bersyukur kerana sosok insan bergelar ibu itu sentiasa ada buat dirinya dan keluarga dalam apa juga keadaan.

Menjalani hidup bersama mama adalah sebuah kebahagiaan yang tiada tandingannya. Semoga kita menua bersama mama.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga menyifatkan ibunya seorang wanita yang sangat hebat dan kuat apabila pernah menyaksikan wanita itu membanting tulang demi membesarkan anak-anak.

Mama sangat hebat. Dari saya kecil masa di Sabah, saya tengok mama kerja kuat, sabar, baik dan rajin. Sehinggalah ke hari ini dia masih sama. Dan sentiasa di samping Bella.

Terima kasih selalu ada dan menyayangi kaklong.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya termasuk rakan artis memuji kebaikan insan bernama Siti Zarinah Astillah ini.

Pernah jumpa Mama sangat MasyaAllahhhhh orang baik.

Mama sangat cantikkkk. Muka orang-orang yang kuat sabar ni selalunya bersih dan tenang je.

Seorang Mama yang yang sangat luar biasa. Mama syurga saya juga!

Alhamdulillah, setiap insan bergelar mama akan sentiasa nakkan anak-anaknya berjaya dan kuat dalam kehidupan. Jaga mama sebaik mungkin kaklong, ianya hanya pinjaman. Selagi dipinjam kita jaga.

Sumber: Instagram Bella Astillah

‘Mama Sangat Hebat..Kerja Kuat, Sabar & Terima Kasih Selalu Ada Dengan Kak Long’ – Bella Astillah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button