Penyewa mengaku tikam pemilik rumah

Oleh – Syeikh Baran


Penyewa mengaku tikam pemilik rumah

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput kerana menikam pemilik rumah yang disewanya dalam kejadian pada 15 Ogos lalu.



Mohd. Shah Rizal Yang, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai penoreh getah didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan pisau ke atas Muhammad Hairolnizam Osman, 44, di sebuah rumah di Kampung Lasah di sini kira-kira pukul 11 pagi pada 15 Ogos 2024.

Kejadian itu dipercayai akibat pertengkaran mengenai tunggakan sewa rumah, dengan tertuduh telah ditahan pada hari sama kejadian selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, RS Vitthiyeswary menawarkan jaminan RM10,000 selain syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran.



Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah memohon jaminan paling minimum mengambil kira tertuduh hanya mempunyai pendapatan sekitar RM30 sehari.

Katanya, tertuduh yang masih bujang juga bersedia dengan syarat-syarat tambahan yang akan dikenakan.

Majistret Nurul Asyifa kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali.

Beliau turut menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button