‘Rider’ baling tukul besi atas jalan raya dikecam

Oleh – Syeikh Baran


‘Rider’ baling tukul besi atas jalan raya dikecam

Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kenderaannya hampir terkena sebatang tukul besi yang dibaling oleh seorang penunggang motosikal.



Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial hari ini, seorang penunggang motosikal dilihat memotong kenderaan yang dipandu wanita terbabit.

Penunggang tersebut kemudian memperlahankan motosikalnya sebelum tiba-tiba melontarkan objek menyerupai sebatang tukul besi ke jalan raya dan hampir terkena kenderaan wanita terbabit.

Selepas membaling objek tersebut, penunggang berkenaan memecut laju motosikalnya meninggal kenderaan terbabit.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berharap agar pelaku segera ditangkap kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.



“Rancangan dialah tu, kalau kemalangan dapat duit sebab tunda kereta,” Yoonjin.

“Mungkin dia marah kereta tiba-tiba merapat ke kanan atau memang modus operandi penjenayah. Apa-apa pun boleh terus lapor pada polis,” kata Khairul.

“Takkanlah terbawa tukul besi itu naik motosikal, memang ada niat jahat lelaki ini. Harap polis dapat tangkap,” kata Hilmi.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali.



Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button