Sebutan semula kes bekas banduan sokong IS 24 Oktober depan

Oleh – Syeikh Baran


Sebutan semula kes bekas banduan sokong IS 24 Oktober depan

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes melibatkan seorang bekas banduan yang didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan dan menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) pada Jun lalu.



Hakim Zulkifli Abllah memaklumkan, penetapan sebutan semula kes itu kerana pihak mahkamah masih belum menerima laporan pakar untuk menganalisa kandungan barang kes berkaitan dengan pengganas IS.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang bekas banduan kes kumpulan pengganas IS didakwa sekali lagi atas empat pertuduhan memiliki bahan, menyokong dan mengaku keahlian dengan melakukan upacara baiah terhadap pemimpin kumpulan itu.

Tertuduh, Nik Mohd. Shalahuddin Zakaria, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 62 buah video dan 565 artikel dalam bentuk format dokumen mudah alih (PDF) di dalam dua buah telefon pintar jenis Samsung Galaxy J7 dan Oppo A16K.

Kesemua bahan-bahan itu mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas IS.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Kampung Senang, Kota Jembal di sini kira-kira pukul 9.15 pagi pada 10 Jun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button