Suami isteri antara tujuh ditahan, dadah bernilai RM10 juta dirampas

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri antara tujuh ditahan, dadah bernilai RM10 juta dirampas

Sepasang suami isteri antara tujuh ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan polis Johor bersama dadah bernilai lebih RM10 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lalu.



Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada lima lelaki warga tempatan serta dua wanita asing berusia antara 22 hingga 38 tahun.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam serbuan dijalankan bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 2 petang di dua unit pangsapuri dan sebuah rumah teres.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan rumah kediaman sewa di kawasan komuniti ‘gated and guarded’ sebagai lokasi proses dan pembungkusan sebelum diedar ke pasaran.

“Antara dadah dirampas termasuklah 59,627 gram (g) serbuk ekstasi: 93.40g ketamin; 79g pil ekstasi; 103.1g pil Eramin 5 dan 41g ganja bernilai RM10,001,122,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.



Tambah Kumar, semakan mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian urin menunjukkan enam daripada mereka positif dadah jenis meth, ketamin dan benzo.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button